Sunday, August 15, 2010

Saturday, August 14, 2010

Barah dan penyakit masa lampau negara



Gambar sejarah perjuangan orang Melayu

Sejarah bangsa dan negara kita kalau kita lihat ia sangat merumitkan dan penuh dengan kisah-kisah pahit dan jernihnya . Sejak zaman penjajahan British, setiap kaum di semenanjung Tanah Melayu telah dipecah dan diperintah ( divide and conquer) oleh penjajah di kawasan dan tahap ekonomi yang berbeza . Kehidupan masyarakat cina yang majoritinya hidup di bandar-bandar utama telah menyediakan tapak asas bagi mereka untuk menguasai ekonomi tanah Melayu sehingga ke hari ini . Manakala bangsa Melayu menjadi mangsa kepada ketidakadilan penjajah British yang memundurkan kehidupan orang Melayu dengan menempatkan mereka di kawasan luar bandar . Kezaliman penjajah British juga dapat dipertonjolkan dengan keengganan mereka untuk memberi peluang ekonomi dan pendidikan kepada orang Melayu . Apa yang ada cumalah kemudahan-kemudahan yang dibina bukan untuk kegunaan orang Melayu tetapi lebih kepada kepentingan penjajah . Dasar British yang dianggap berat sebelah telah menyebabkan kehidupan orang Melayu bertambah miskin dan jauh dari arus kemajuan. Era penjajahan British memperlihatkan masyarakat cina pula telah mendapat manfaat yang besar akibat dasar pecah dan perintah British . Mereka seolah-olah telah mendapat modal awal untuk membina pengaruh
dan kuasa ekonomi di kawasan bandar. Peluang yang ada mereka gunakan untuk membina pelbagai institusi ' Kecinaan' yang berpaksikan kepada budaya dan asal-usul bangsa mereka di negara China . Institusi-institusi cina ini boleh kita lihat pada hari ini. Akibat daripada sikap masyarakat cina yang duduk dan bergaul dalam bangsa mereka sendiri, menyebabkan terhasilnya suatu sikap yang dipanggil 'ultra kiasu'. Mereka menolak asimilasi antara kaum dan sukar untuk bertolak ansur dengan kaum lain . Bagi mereka yang saya gelar ultra kiasu ini, mereka lebih suka kalau kepentingan mereka didahulukan berbanding dengan kepentingan kaum lain seperti mana yang berlaku pada hari ini . Dari segi politik pula, kuasa undi yang mereka ada digunakan untuk memenuhi kepentingan bangsa mereka sahaja dan bila-bila masa sahaja mereka boleh menghambakan orang lain untuk memenuhi tuntutan mereka.

Kesusahan dan kepayahan yang menimpa bangsa Melayu telah mencetuskan semangat nasionalisme dan kesedaran dikalangan orang Melayu untuk berjuang menegakkan kedaulatan dan maruah bangsa Melayu yang telah dirampas oleh mereka yang rakus menjajah dan mengeksploitasi sumber kekayaan dan kepentingan orang Melayu di bumi Melayu yang bernama Tanah Melayu . Kemuncak penentangan dan kemarahan orang Melayu berjaya menjatuhkan Malayan Union dan digantikan dengan persekutuan Tanah Melayu yang merupakan hasil daripada perpaduan orang Melayu untuk bangun bagi menuntut semula kedaulatan bangsa dan tanah air mereka yang telah dijajah sekian lama . Sikap toleransi dan baik hati orang Melayu untuk bekerjasama dengam kaum-kaum lain dalam proses ke arah kemerdekaan negara dapat dicapai . Jasa dan budi orang Melayu yang sanggup untuk berkorban dengan memberikan kerakyatan atau taraf kewarganegaraan kepada orang bukan melayu sebagai syarat kemerdekaan negara menunjukkan sikap tolak ansur orang Melayu yang tidak dapat dibalas oleh orang bukan Melayu sehinggalah sekarang . Apa yang berlaku pada hari ini, kaum cina dan india khususnya telah melupai sejarah pengorbanan orang Melayu terhadap mereka . Tuntutan demi tuntutan telah dibuat masing-masing daripada kaum cina dan india sehingga melukakan hati orang Melayu . Apakah orang Melayu akan terus bersabar dan bertolak ansur? Apakah orang Melayu akan memendam rasa dan hanya menunggu ibarat bom jangka yang akan meletup? Semuanya terletak di tangan orang Melayu untuk menentukan survival bangsanya .