Wednesday, June 30, 2010

Ilmu sejarah......penting ke?

Di dalam kehidupan kita, kita sentiasa ingatkan perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa lampau . Perkara yang berlaku pada masa lampau selalunya diklasifikasikan sebagai sejarah . Menurut pendapat daripada ahli sejarahwan (Mohd Yusof Ibrahim) , sejarah adalah suatu rekod atau catatan peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau atau dahulu kalanya . Pendek kata, apa-apa perkara yang berlaku yang berkaitan zaman lampau adalah sebahagian daripada sejarah .

Persoalan yang saya ingin fokuskan disini adalah kepentingan ilmu sejarah terhadap kemajuan bangsa terutamanya kepada orang Melayu itu sendiri . Sesebuah bangsa itu jika melupai sejarah asal-usulnya pasti akan menerima kesan buruknya sehingga ke generasi seterusnya . Kata-kata Ahli Falsafah , George Santayana , yang mengatakan " Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya lagi" memberikan suatu bentuk jawapan akan survival sesuatu bangsa yang akan menempuhi cabaran dan ujian pada masa akan datang .

Kesedaran mengenai ilmu sejarah ini perlu dipupuk, dihayati dan diperkukuhkan dalam setiap diri orang Melayu supaya kita tidak lagi mahu melihat generasi Melayu yang tak sedar seperti yang berlaku pada hari ini . Keadaan sekarang ini semakin ramai yang buta sejarah dan adakalanya ada sebahagian daripada kita malas hendak menyemak fakta sejarah . Apabila berlaku isu yang membabitkan hak orang Melayu, kita sendiri tidak mempunyai kekuatan dan hujah yang betul untuk menjelaskan perkara yang sebenar terhadap mereka . Jadi , mudahlah bagi mereka untuk menuntut perkara yang dah menjadi milik kita selama ini dengan memutarbelitkan fakta sejarah yang sedia ada .

Minda Politik Melayu

Sejak kemerdekaan hari sampai sekarang, orang Melayu ramai di sektor awam; bermula dari jawatan paling tinggi iaitu Ketua Setiausaha Negara, sehinggalah jawatan paling rendah dalam kerajaan.

Hal yang sama berlaku dengan orang Melayu yang bekerja dalam sektor swasta. Rata-rata orang Melayu adalah pekerja dalam organisasi swasta, kecuali dalam GLC di mana mereka berpeluang menjadi CEO atau Pengarah Urusan. Orang Melayu yang berada pada kedudukan nombor satu dalam organisasi korporat boleh dibilang dengan jari.

Kakitangan awam atau swasta dilatih untuk menurut perintah dan bertindak mengikut arahan ketua jabatan. Kalau lawan, kena tindakan disiplin. Ketua jabatan sama ada dalam sektor awam dan swasta memang bagus dalam mengenakan tindakan disiplin.

Sebaliknya, orang Cina merupakan kelompok yang paling ramai dalam sektor perniagaan. Untuk berjaya dalam perniagaan, mesti ada strategi yang betul. Dalam perniagaan, kunci kata ialah “survival.”

Perniagaan menuntut mereka berfikiran strategik. Bersatu dalam hal yang perlu bersatu. Berpecah kalau tak perlu berbuat demikian. Komuniti perniagaan boleh bersatu untuk memboikot jualan gula kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan, tetapi mereka tidak mahu bersatu memboikot perasuah dalam sektor awam (mengikut dakwaan komuniti perniagaan).

Akhirnya, orang Cina menjadi komuniti yang berfikiran strategik. Sebab itulah kita sukar melihat DAP membelasah MCA, atau Gerakan menghentam DAP. Apa yang selalu kita lihat ialah DAP, MCA dan Gerakan sepakat mengkritik dasar-dasar kerajaan mengenai Bumiputera. Sesekali, ketiga-ketiga parti itu mengkritik UMNO, parti Melayu.

Sebaliknya, orang Melayu yang rata-rata merupakan komuniti pekerja tidak ramai yang berfikiran strategik. Melayu PAS menghentam Melayu UMNO. Melayu UMNO membelasah Melayu PKR.

Ada juga orang Melayu yang tanpa segan silu menghentam “institusi Melayu” seperti UiTM, MARA atau MRSM, walaupun ramai adik-beradik dan anak-beranak mereka sendiri mendapat manfaat darinya. Sesetengahnya graduan UiTM atau MRSM mula bercakap betapa kedua-dua institusi ini tidak perlu lagi.

Begitulah minda politik orang kita.

Memang Melayu!

( Artikel ini dipetik daripada www.nobisha.com - Bicara Nobisha )

Saturday, June 19, 2010

Sudut Bahasa Inggeris


Saya bercadang hendak menulis artikel bahasa inggeris bagi memantapkan pemahaman dan penulisan dalam bahasa Inggeris . Mungkin orang anggap saya macam dah ketinggalan zaman sebab baru nak gunakan penulisan dalam bahasa inggeris . Tetapi saya akan pastikan penggunaan bahasa inggeris saya bukan dalam bahasa inggeris jenis pasar . Ia mestilah dalam bentuk karangan yang lengkap tanpa merosakkan penggunaan bahasa inggeris tersebut . Insyaallah kalau ada masa terluang, saya akan memulakanya .

Thursday, June 17, 2010

Masa depan generasi muda Melayu



Selepas 53 tahun kita merdeka, kita dapat melihat perubahan negara kita daripada sebuah negara terpencil kepada sebuah negara membangun . Lihatlah sendiri dengan mata kita terhadap nikmat pembangunan yang kita nikmati pada hari ini . Pada persepsi remaja sendiri apakah maknanya erti semua jenis nikmat termasuk nikmat kesenangan dan keamanan ini ? Apakah nikmat ini membuatkan remaja kian angkuh dan lupa diri? Hinggakan generasi muda kita hampir melupai sejarah masa lampau mengenai pejuang-pejuang negara terdahulu ? Agak pelik apabila saya bertanya kepada seorang mangkuk hayun ni tentang sejarah pejuangan bangsa . Apa yang dia jawab adalah kenapa kita perlu ingat orang yang dah lama mampus ? Kononya mungkin dia ingat pejuang bangsa tu semuanya pejuang UMNO dan saya tahulah dia ni memang tak sokong UMNO . Jawapan saya kepada dia janganlah kita ini melupai jasa dan pengorbanan seseorang terhadap kemerdekaan negara walau daripada mana parti politik pun . Lebih-lebih lagi dengan pejuang-pejuang bangsa Melayu yang sangat dihormati di negara ini . Kenapalah kerana politik kita berbalah hingga melupai semua jasa dan pengorbanan orang lain? Masalah ini sebenarnya hanya memberi liabiliti besar kepada perpaduan bangsa Melayu dengan
bermain politik yang membawa kemusnahan kepada survival bangsa Melayu .
Masa saya membeli barang disekitar pusat membeli belah di Johor bahru, saya melihat suatu budaya kehancuran yang dibawa oleh remaja-remaja Melayu yang berjalan dan melepak tanpa hala tuju di sekitar tempat tersebut . Ada yang berkepit, berpeluk tanpa rasa segan, berpegang tangan antara satu sama lain dan ada yang hisap rokok . Kesemuanya seperti bawah umur 18 tahun dengan melihat kepada wajah dan anggota fizikal mereka . Saya cukup pelik kenapa orang yang lalu lalang disekitar tempat tersebut macam buat-buat tak nampak . Sekurang-kurangnya, adalah yang berani menegur mereka . Saya cuba mendekati salah seorang remaja perempuan yang kelihatan ketawa terbahak-bahak tanpa rasa sopan . Remaja perempuan itu memakai pakaian yang agak seksi dan rambut berwarna perang . Saya menegurnya agak menjaga adap sopan sikit . Mungkin ada orang kata saya ni suka jaga tepi kain orang tapi kita ni sebagai saudara seislam perlu menegur dengan baik antara satu sama lain . Lepas tu, si perempuan tu memaki hamun kata-kata nasihat saya tadi sambil menghina saya dengan kata-kata kesat . Dan dia dan geng-geng betina tu pun mula pergi dari tempat tersebut . Saya mungkin agak marah dengan betina tu tapi saya fikir-fikir sejenak, apakah ini yang kita mahukan daripada generasi muda yang akan menjadi pemimpin pada masa depan? Dimana peranan ibu bapa untuk membentuk peribadi anak-anak mereka? Apakah masyarakat pada masa ini hanya membisu berkaitan keruntuhan moral di kalangan remaja kita? Dan juga adakah didikan ajaran islam diabaikan oleh masyarakat kita? Persoalan ini lama kelamaan menjadi suatu krisis yang tidak ada penghujungnya . Krisis yang membawa kepada kehancuran institusi sosial yang membawa bencana besar kepada perjalanan sebuah bangsa .
( Diubahsuai hampir kesemua petikan daripada artikel asal di blog lama saya) .

Wednesday, June 16, 2010

Memahami sejarah negara bangsa


Pembentukkan negara Malaysia yang meliputi semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menunjukkan ciri-ciri terbinanya sebuah negara bangsa . Apakah istilah negara bangsa? Negara bangsa boleh diistilahkan sebagai warganegara yang menjadi rakyat sesebuah negara yang terikat dengan undang-undang dan peraturan negara tersebut serta berjanji untuk taat setia dan berbakti kepada negaranya . Pembinaan sesebuah negara bangsa ditubuhkan dengan adanya empat elemen iaitu Negara, Bangsa, Kerajaan dan Perlembagaan . Keempat-empat elemen diatas sudahpun ada semasa Malaysia dibentuk . Menurut sumber sejarah, selepas tamat Perang Dunia pertama , Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson telah dimenterai semasa persidangan damai Paris . Antara prinsip dalam deklarasi tersebut adalah berkaitan nasib sesebuah negara ditentukan oleh rakyat negara tersebut serta prinsip sempadan negara berdasarkan rumpun bangsa yang sama .
Persoalan yang menjadi isu dalam masyarakat kita adakah penambahbaikan dilakukan untuk mengukuhkan elemen-elemen yang menekankan konsep sebuah negara bangsa yang tulen? Ciri-ciri negara bangsa Malaysia yang sedia ada seperti penggunaan Bahasa Melayu sebagai bangsa kebangsaan , masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya serta 5 elemen lafaz rukun negara . Namun, kesemua ciri-ciri yang saya sebutkan diatas belum cukup untuk mengukuhkan elemen negara bangsa di Malaysia . Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memuji langkah reformasi Perdana Menteri , Datuk Seri Najib yang memperkenalkan konsep Satu Malaysia dalam usahanya membina perpaduan berdasarkan konsep negara bangsa Malaysia . Berjaya ataupun tidak konsep Satu Malaysia sebenarnya bergantung kepada komitmen , kesepakatan, dan keikhlasan pemimpin dan rakyat berbilang kaum untuk sama-sama menjayakannya . Berbalik mengenai aspek pengukuhan negara bangsa Malaysia yang masih diragui dan tanda tanya, kita boleh menjadikan negara serantau seperti Thailand dan Indonesia sebagai modul untuk memperkukuhkan elemen negara bangsa . Konsep negara bangsa kedua-dua negara tersebut berbeza dengan konsep negara bangsa Malaysia . Negara Thailand dan indonesia mengamalkan dasar asimilasi antara antara kaum mengikut ciri-ciri kaum majoriti dan juga tidak wujud sekolah yang berasaskan kaum . Tidak seperti di Malaysia yang mengamalkan dasar saling hormat-menghormati kebudayaan, adat resam kaum masing-masing dan membenarkan kewujudan sekolah vernakular pelbagai aliran . Kepelbagaian budaya dan fahaman politik yang berasaskan kaum masing-masing kemungkinan menjadi satu liabiliti kepada perpaduan negara . Seperti mana tragedi 13 mei yang menjadi sejarah hitam negara kita menunjukkan kerapuhan perpaduan antara kaum . Isu-isu perkauman yang dibangkitkan oleh kaum bukan Melayu sedikit sebanyak menimbulkan bibit-bibit permusuhan antara orang Melayu dan bukan Melayu sehingga ke hari ini .
( Artikel diatas telah disalin semula dan diubahsuai daripada artikel dalam blog lama saya)

Kisah yang lalu.....


Saya dilahirkan pada era 90-an . Saya beruntung kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman damai dan harmoni . Nasib baik aku tak dilahirkan negara-negara bergolak sebagai contoh macam negara afrika . Saya percaya kelahiran aku didunia ini mempunyai tujuan dan faktor-faktor seperti mana umat manusia yang lain . Mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat, itulah matlamat sebenar kehidupan kita sebagai umat islam . Sebagai warganegara Malaysia yang baru hidup selama 17 tahun, kehidupan pada zaman sekarang ini adalah lebih bermakna daripada kehidupan zaman penjajah . Bayangkanlah kalau remaja-remaja di Malaysia pada masa sekarang ini hidup pada zaman pendudukan jepun dan tahun darurat semasa ancaman komunis , sudah pasti saya akan kata mereka tidak mempunyai semangat keberanian untuk menempuh semua ini . Maklumlah zaman sekarang ni semuanya hidup senang, tidak pernah menempuhi kesusahan hidup. Mungkin sesetengahnya ada yang ketinggalan . Semangat pemuda-pemuda Melayu pada tahun 1946 menjadi kemuncak kepada penyatuan sebuah bangsa Melayu menentang penjajah . Kini persoalan yang timbul adakah semangat 1946 ini masih ada pada pemuda zaman sekarang? Semua orang sudah boleh merfikir sejauh mana tahap semangat patriotik kita terhadap negara.
( Diubahsuai daripada artikel dalam blog lama saya)

Ada masalah ni........


Saya tengah terfikir macam mana nak buat proses import semua post daripada blog lama saya ni . Aduhai saya dah cuba berapa kali tetapi masih tidak berjaya . Nampaknya saya kena tanya mana-mana orang yang celik berkaitan teknologi maklumat ini . Ataupun saya terpaksa menyalin semula semua artikel dalam blog lama saya tersebut . Ini menyusahkan saya . Setiap salinan semula artkel daripada blog lama saya mempunyai perubahan dari segi isi dan ayat .

PEMBERITAHUAN!!!!

Untuk pengetahuan umum saya terpaksa membina sebuah blog baru disebabkan oleh masalah teknikal daripada blog lama saya . Blog saya sebelum ini www.sejarahwanegara blogspot .com tidak lagi dikemaskinikan disebabkan oleh masalah teknikal yang dihadapi . Saya akan cuba menyalin semula maklumat dan artikel daripada blog lama saya ke blog baru ini . Dengan adanya blog baru ini, saya berharap dapat meneruskan tugas saya untuk menulis pelbagai artikel yang boleh saya kongsi kepada anda . Sekian, terima kasih .