Wednesday, June 30, 2010

Ilmu sejarah......penting ke?

Di dalam kehidupan kita, kita sentiasa ingatkan perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa lampau . Perkara yang berlaku pada masa lampau selalunya diklasifikasikan sebagai sejarah . Menurut pendapat daripada ahli sejarahwan (Mohd Yusof Ibrahim) , sejarah adalah suatu rekod atau catatan peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau atau dahulu kalanya . Pendek kata, apa-apa perkara yang berlaku yang berkaitan zaman lampau adalah sebahagian daripada sejarah .

Persoalan yang saya ingin fokuskan disini adalah kepentingan ilmu sejarah terhadap kemajuan bangsa terutamanya kepada orang Melayu itu sendiri . Sesebuah bangsa itu jika melupai sejarah asal-usulnya pasti akan menerima kesan buruknya sehingga ke generasi seterusnya . Kata-kata Ahli Falsafah , George Santayana , yang mengatakan " Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya lagi" memberikan suatu bentuk jawapan akan survival sesuatu bangsa yang akan menempuhi cabaran dan ujian pada masa akan datang .

Kesedaran mengenai ilmu sejarah ini perlu dipupuk, dihayati dan diperkukuhkan dalam setiap diri orang Melayu supaya kita tidak lagi mahu melihat generasi Melayu yang tak sedar seperti yang berlaku pada hari ini . Keadaan sekarang ini semakin ramai yang buta sejarah dan adakalanya ada sebahagian daripada kita malas hendak menyemak fakta sejarah . Apabila berlaku isu yang membabitkan hak orang Melayu, kita sendiri tidak mempunyai kekuatan dan hujah yang betul untuk menjelaskan perkara yang sebenar terhadap mereka . Jadi , mudahlah bagi mereka untuk menuntut perkara yang dah menjadi milik kita selama ini dengan memutarbelitkan fakta sejarah yang sedia ada .

2 comments:

  1. hmm.....saya kadangkala lupa akan sejarah . Saya cuba untuk mengingatinya sehingga tamat riwayat hidup saya

    ReplyDelete