Thursday, June 17, 2010

Masa depan generasi muda Melayu



Selepas 53 tahun kita merdeka, kita dapat melihat perubahan negara kita daripada sebuah negara terpencil kepada sebuah negara membangun . Lihatlah sendiri dengan mata kita terhadap nikmat pembangunan yang kita nikmati pada hari ini . Pada persepsi remaja sendiri apakah maknanya erti semua jenis nikmat termasuk nikmat kesenangan dan keamanan ini ? Apakah nikmat ini membuatkan remaja kian angkuh dan lupa diri? Hinggakan generasi muda kita hampir melupai sejarah masa lampau mengenai pejuang-pejuang negara terdahulu ? Agak pelik apabila saya bertanya kepada seorang mangkuk hayun ni tentang sejarah pejuangan bangsa . Apa yang dia jawab adalah kenapa kita perlu ingat orang yang dah lama mampus ? Kononya mungkin dia ingat pejuang bangsa tu semuanya pejuang UMNO dan saya tahulah dia ni memang tak sokong UMNO . Jawapan saya kepada dia janganlah kita ini melupai jasa dan pengorbanan seseorang terhadap kemerdekaan negara walau daripada mana parti politik pun . Lebih-lebih lagi dengan pejuang-pejuang bangsa Melayu yang sangat dihormati di negara ini . Kenapalah kerana politik kita berbalah hingga melupai semua jasa dan pengorbanan orang lain? Masalah ini sebenarnya hanya memberi liabiliti besar kepada perpaduan bangsa Melayu dengan
bermain politik yang membawa kemusnahan kepada survival bangsa Melayu .
Masa saya membeli barang disekitar pusat membeli belah di Johor bahru, saya melihat suatu budaya kehancuran yang dibawa oleh remaja-remaja Melayu yang berjalan dan melepak tanpa hala tuju di sekitar tempat tersebut . Ada yang berkepit, berpeluk tanpa rasa segan, berpegang tangan antara satu sama lain dan ada yang hisap rokok . Kesemuanya seperti bawah umur 18 tahun dengan melihat kepada wajah dan anggota fizikal mereka . Saya cukup pelik kenapa orang yang lalu lalang disekitar tempat tersebut macam buat-buat tak nampak . Sekurang-kurangnya, adalah yang berani menegur mereka . Saya cuba mendekati salah seorang remaja perempuan yang kelihatan ketawa terbahak-bahak tanpa rasa sopan . Remaja perempuan itu memakai pakaian yang agak seksi dan rambut berwarna perang . Saya menegurnya agak menjaga adap sopan sikit . Mungkin ada orang kata saya ni suka jaga tepi kain orang tapi kita ni sebagai saudara seislam perlu menegur dengan baik antara satu sama lain . Lepas tu, si perempuan tu memaki hamun kata-kata nasihat saya tadi sambil menghina saya dengan kata-kata kesat . Dan dia dan geng-geng betina tu pun mula pergi dari tempat tersebut . Saya mungkin agak marah dengan betina tu tapi saya fikir-fikir sejenak, apakah ini yang kita mahukan daripada generasi muda yang akan menjadi pemimpin pada masa depan? Dimana peranan ibu bapa untuk membentuk peribadi anak-anak mereka? Apakah masyarakat pada masa ini hanya membisu berkaitan keruntuhan moral di kalangan remaja kita? Dan juga adakah didikan ajaran islam diabaikan oleh masyarakat kita? Persoalan ini lama kelamaan menjadi suatu krisis yang tidak ada penghujungnya . Krisis yang membawa kepada kehancuran institusi sosial yang membawa bencana besar kepada perjalanan sebuah bangsa .
( Diubahsuai hampir kesemua petikan daripada artikel asal di blog lama saya) .

No comments:

Post a Comment