Wednesday, June 16, 2010

Memahami sejarah negara bangsa


Pembentukkan negara Malaysia yang meliputi semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah menunjukkan ciri-ciri terbinanya sebuah negara bangsa . Apakah istilah negara bangsa? Negara bangsa boleh diistilahkan sebagai warganegara yang menjadi rakyat sesebuah negara yang terikat dengan undang-undang dan peraturan negara tersebut serta berjanji untuk taat setia dan berbakti kepada negaranya . Pembinaan sesebuah negara bangsa ditubuhkan dengan adanya empat elemen iaitu Negara, Bangsa, Kerajaan dan Perlembagaan . Keempat-empat elemen diatas sudahpun ada semasa Malaysia dibentuk . Menurut sumber sejarah, selepas tamat Perang Dunia pertama , Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson telah dimenterai semasa persidangan damai Paris . Antara prinsip dalam deklarasi tersebut adalah berkaitan nasib sesebuah negara ditentukan oleh rakyat negara tersebut serta prinsip sempadan negara berdasarkan rumpun bangsa yang sama .
Persoalan yang menjadi isu dalam masyarakat kita adakah penambahbaikan dilakukan untuk mengukuhkan elemen-elemen yang menekankan konsep sebuah negara bangsa yang tulen? Ciri-ciri negara bangsa Malaysia yang sedia ada seperti penggunaan Bahasa Melayu sebagai bangsa kebangsaan , masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya serta 5 elemen lafaz rukun negara . Namun, kesemua ciri-ciri yang saya sebutkan diatas belum cukup untuk mengukuhkan elemen negara bangsa di Malaysia . Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya memuji langkah reformasi Perdana Menteri , Datuk Seri Najib yang memperkenalkan konsep Satu Malaysia dalam usahanya membina perpaduan berdasarkan konsep negara bangsa Malaysia . Berjaya ataupun tidak konsep Satu Malaysia sebenarnya bergantung kepada komitmen , kesepakatan, dan keikhlasan pemimpin dan rakyat berbilang kaum untuk sama-sama menjayakannya . Berbalik mengenai aspek pengukuhan negara bangsa Malaysia yang masih diragui dan tanda tanya, kita boleh menjadikan negara serantau seperti Thailand dan Indonesia sebagai modul untuk memperkukuhkan elemen negara bangsa . Konsep negara bangsa kedua-dua negara tersebut berbeza dengan konsep negara bangsa Malaysia . Negara Thailand dan indonesia mengamalkan dasar asimilasi antara antara kaum mengikut ciri-ciri kaum majoriti dan juga tidak wujud sekolah yang berasaskan kaum . Tidak seperti di Malaysia yang mengamalkan dasar saling hormat-menghormati kebudayaan, adat resam kaum masing-masing dan membenarkan kewujudan sekolah vernakular pelbagai aliran . Kepelbagaian budaya dan fahaman politik yang berasaskan kaum masing-masing kemungkinan menjadi satu liabiliti kepada perpaduan negara . Seperti mana tragedi 13 mei yang menjadi sejarah hitam negara kita menunjukkan kerapuhan perpaduan antara kaum . Isu-isu perkauman yang dibangkitkan oleh kaum bukan Melayu sedikit sebanyak menimbulkan bibit-bibit permusuhan antara orang Melayu dan bukan Melayu sehingga ke hari ini .
( Artikel diatas telah disalin semula dan diubahsuai daripada artikel dalam blog lama saya)

No comments:

Post a Comment