Wednesday, July 21, 2010

Kualiti penulisan yang lebih kreatif dan tersusun


Sesuatu artikel atau rencana yang ditulis seharusnya perlu mempunyai elemen yang mampu menarik perhatian orang untuk membacanya . Artikel yang menarik dan lengkap perlu dilihat dari segi penggunaan bahasa dan ejaan yang betul . Disusuli dengan menggunakan ayat yang gramatis supaya artikel tersebut menampakkan susunan ayat yang tersusun serta kemas . Ditambah pula dengan penggunaan fakta yang tepat serta mampu menyampaikan mesej yang jelas kepada orang yang membacanya . Setiap artikel yang hendak ditulis adakalanya perlu dizahirkan dengan elemen reaksi dan segala bentuk suasana yang memberi gambaran sebenar tentang maksud yang tersurat dan tersirat dalam sesuatu artikel . Penggunaan pelbagai peribahasa dan segala perumpamaan digalakkan dalam penulisan bagi menyerikan artikel tersebut . Dalam aspek artikel rasmi Bahasa Mekayu perlu dielakkan penggunaan segala bahasa pasar yang boleh merosakkan maruah penulisan bahasa Melayu . Abaikan juga penggunaan ayat yang berulang dengan ayat asal bagi mengelakkan kecacatan atau kehodohan isi ayat tersebut .

No comments:

Post a Comment